Melecet? Atasi dengan Alovera gel Guardian
Assalamualaikum & salam sejahtera uols.
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi masih ada kesempatan untuk berkongsi cara untuk mengatasi masalah melecet. Daripada pengalaman saya sendiri saya mengalami melecet dan susah untuk saya bergerak ke sana sini.
Pada mulanya saya menggunakan krim dari hospital tetapi tidak memberi kesan yang positif lalu saya mencuba untuk menggunakan Aloe vera gel guardian. Hanya satu malam sahaja sudah memberi kesan yang positif terhadap keadaan melecet saya. Alhamdulillah, setelah menggunakan Aloe vera gel guardian melecet saya beransur pulih. Malahan, kulit mati pada bahagian tersebut tertanggal dan kulit lebih licin. Oleh itu, saya syorkan kepada semua yang mengalami keadaan melecet boleh lah mencuba untuk atasi asalah tersebut dengan menggunakan Aloe Vera Gel Guardian.
Selamat Mencuba.
Kenapa berlaku?
Simple, memang kewujudan semulajadi manusia, memang bahagian peha yg hampir dengan kelangkang, adalah lebih besar, jadi memang kebarangkalian yang tinggi kedua2 peha ini saling bertemu. Kena pulak orang tu gemuk, lagi besar peha dia dan lagi banyak bahagian peha yang bertemu.
Bila berjalan, bahagian peha akan bergesel. Kalau berlari geseran akan jadi lebih kerap, kalau lari lebih jauh, maka lebih banyak kali geseran itu berlaku, jadi memang boleh melecet. Malahan, dengan menggunakan baju kurung pun boleh mengalami melecet apabila berpeluh dan lembap bahagian tersebut mudah melecet.
Cara Mencegah Masalah Melecet
Cara kita mencegah daripada mengalami melecet ni adalah memastikan bahagian peha yg hampir dengan kelangkang sentiasa dalam keadaan kering. Selain itu, jika anda menggunakan baju kurung atau skirt anda perlulah menggunakan seluar legging untuk megelakkan kulit kerap bergeselan dengan kulit.